MESYUARAT PELARASAN PEGAWAI TEKNIKAL KOKURIKULUM DAERAH KUCHING (SEKOLAH MENENGAH)

Pada 18 Mac 2021 telah diadakan mesyuarat pelarasan kokurikulum melibatkan pegawai pelbagai badan uniform dan juga pegawai teknikal kelab dan persatuan bagi menyelaras aktiviti kokurikulum di peringkat PPD Kuching.

Cikgu Saifullah dari SMK Kuching High turut menghadiri mesyuarat tersebut mewakili Pegawai Teknikal Kadet Bomba dan Penyelamat. Mesyuarat diadakan di Pusat Kegiatan Guru Kuching dan mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan PPD Sektor Pembangunan Bakat Murid, En. Mohadi. Semoga segala perancangan 2021 untuk aktiviti badan beruniform khususnya Kadet Bomba akan dilaksanakan dengan jayanya.

SELAMAT MAJU JAYA PB MOHAMAD ISMAIL

Setelah lama tidak meneruskan aktiviti kokurikulum pada tahun 2020. Tahun 2021, pihak sekolah telah kejutkan dengan berita pertukaran jurulatih kadet Bomba dari BBP Padungan iaitu PB Ismail ke BBP Limbang atas kenaikan pangkat beliau. Justeru itu, kami warga guru kadet Bomba sekolah telah mengadakan majlis ringkas di Restoran The Reef pada 20 Februari 2021 mengikut SOP bagi meraikan perpindahan beliau walaupun sedih dengan perpindahan beliau kerana komitmen dan sumbangan beliau terhadap kadet bomba sekolah amatlah tinggi. Patah tubuh hilang berganti.

Sekali lagi pihak sekolah mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya. Majlis ringkas ini turut disertai oleh PB Herman yang akan sentiasa menemani kadet sekolah buat masa ini dan turut disertai oleh PB Danial dari BBP Petrajaya yang turut dinaikkan pangkat dan akan berpindah ke BBP Bau.

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS KETUA PLATUN DAN PENTAULIAHAN PANGKAT SARJAN DAN STAF SARJAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SARAWAK 2020

Pada 9 Mac 2020 telah berlangsungnya acara penutupan setelah para kadet berkampung di MRSM Kuching selama 4 hari 3 malam. Majlis perasmian dan pemakaian tanda pangkat telah di sempurnakan oleh YS PKPjB Khirudin bin Drahman @ Hussaini, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak di Dewan Kenyalang, MRSM Kuching.

Turut hadir PPjB Jainal @ Zainal bin Madasin, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sarawak, Puan Leong Chin Chi, Penolong Pengarah Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, En. Riza Bin Omar, Pengetua MRSM Kuching dan Dr. Azmi Bin Amat Murjan, Pengarah Mara Sarawak.

Seramai 94 orang ahli Kadet Bomba telah ditauliahkan masing-masing dengan pangkat Sarjan dan Staf Sarjan. TAHNIAH MRSM KUCHING sebagai tuan rumah dan berjaya menganjurkan program dengan jayanya dan tidak lupa Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat.

 

KURSUS KETUA PLATUN KADET BOMBA SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SARAWAK 2020

Pada 6-8 Mac 2020 telah berlangsung program ini. Ini adalah program tahun ketiga yang dilaksanakan oleh Pasukan Kadet Bomba Kuching High bersama Pejabat Bomba Zon Kuching, Bahagian Latihan Ibu Pejabat Bomba Sarawak dan MRSM Kuching. Seramai 97 orang peserta Bahagian Kuching termasuk Sri Aman dan Sibu. Antara pengisian program antaranya adalah kawad kaki, ikatan simpulan, asas pertolongan cemas, temuduga dan cadet challenge.

Lokasi : MRSM Kuching

 

TAKLIMAT PENYELARASAN PANEL PENILAI BAGI KURSUS KETUA PLATUN KADET BOMBA SEKOLAH NEGERI SARAWAK 2020

Pada 19 Februari 2020, satu mesyuarat telah diadakan di Pejabat Bahagian Latihan Ibu Pejabat Bomba Sarawak telah dipengerusikan oleh Tuan Rafie, Penolong Pengarah Bahagian Latihan JBPM Negeri Sarawak. Mesyuarat ini membincangkan gerak kerja program yang bakal dilaksanakan disamping memberi penerangan dengan lebih lanjut kepada jurulatih yang akan terlibat dalam program tersebut.

MESYUARAT PELARASAN KURSUS KETUA PLATUN KADET BOMBA NEGERI SARAWAK 2020

7 Februari 2020 telah diadakan mesyuarat pelarasan Kursus Ketua Platun Kadet Bomba Negeri Sarawak yang bakal diadakan di MRSM Kuching. Mesyuarat ini melibatkan pegawai kanan Bomba dari Bahagian Latihan, JBPM Sarawak, Jurulatih Bomba, Pegawai Teknikal Kadet Bomba Negeri Sarawak dan juga guru-guru Kadet Bomba sekitar bandar Kuching.

Mesyuarat membincangkan persediaan dalam melaksanakan kursus yang bakal diadakan bagi siri ke 3 yang mana telah diadakan sejak tahun 2018. 6 – 9 Mac 2020 telah dipilih untuk menjalankan aktiviti yang telah dirancang.